Pellegrini Akur Peluang Man City Makin Sukar
LONDON – Wajah suram Manuel Pellegrini menceritakan segala-galanya, malam tadi.
Pengurus Manchester City itu akur betapa sukar bagi pasukannya mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea selepas kecundang kepada Liverpool 2-1 di Anfield, Ahad.
Juara bertahan mungkin merapatkan jurang kepada dua andai menang.
Chelsea tidak beraksi dalam liga kerana terbabit dalam final Piala Liga Capitol One menentang Tottenham Hotspur di Stadium Wembley, Ahad.
Sebaliknya City kekal lima mata di belakang dengan tambahan satu perlawanan selepas Jordan Henderson dan pemain terbaik, Philippe Coutinho menjaringkan gol cantik dengan Edin Dzeko hadir menyamakan kedudukan satu ketika.
“Sudah pasti ia sukar untuk memburu tempat teratas jika anda hilang tiga mata,” kata Pellegrini.
“Ia adalah kurang tiga mata dan kurang satu perlawanan. Ia perlawanan sengit tetapi Liverpool menang kerana mereka menjaringkan dua gol cantik.
“Tapi kami harus terus berjuang untuk kembali kepada tahap permainan asal dan kita melihat selepas itu ke mana arah kita.”
Man City berbaki 11 perlawanan liga untuk mengejar Chelsea dan ia bermula dengan perlawanan menentang pasukan tercorot, Leicester City, Rabu. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini