Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tentera Di Selatan Thailand Ditarik Balik

No Comment

Bangkok – Panglima Tentera Thailand, Jeneral Udomdej Sitabutr berkata, semua tentera yang dihantar ke kawasan selatan Thailand akan ditarik balik menjelang April ini.

Tugas mengawal keselamatan di wilayah bergolak itu akan diserahkan kepada Tentera Wilayah Keempat.

Bercakap kepada media sebelum mengunjungi selatan Thailand, Udomdej berkata, panel penilai keadaan semasa yang diketuai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, General Prawit Wongsuwan berpuas hati dengan peningkatan keadaan di wilayah berkenaan.

Kenyataan itu dibuat walaupun bandar Narathiwat digegarkan dengan letupan bom minggu lalu.

Menurut Prawit, fasa kedua pelan damai untuk memulihkan keadaan di selatan Thailand berjaya dilaksanakan.

“Fasa ketiga akan dijalankan tidak lama lagi,” katanya.

Hasilnya, kata Prawit, jumlah tentera yang dikerah mengawal keadaan akan dikurangkan.

“Proses pengunduran sudah bermula di beberapa kawasan dianggap sesuai.

“Ia dilakukan secara berhati-hati selepas pelbagai aspek diambil kira,” katanya.

Sementara itu, keganasan berlanjutan di selatan Thailand pagi semalam.

Sebutir bom meletup di daerah Raman di Yala dipercayai menyasarkan dua kenderaan membawa 10 anggota tentera.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan. – Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli