Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengawal mati ditetak, jangan cetus isu perkauman

No Comment


KUALA LANGAT 3 Mac – Polis menasihati orang ramai supaya tidak memanipulasikan kes seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak pembinaan di Bukit Kemandul, Teluk Panglima Garang yang maut selepas ditetak dan ditikam bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki pada awal pagi ini sebagai isu perkauman.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Yasim Ghazali, 50, sedang bertugas di tapak pembinaan tersebut bersama seorang lagi rakannya sebelum didatangi empat orang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azman Abdul Razak berkata, mangsa ketika itu berada di dalam pondok pengawal dan keempat-empat lelaki itu cuba menetak rakan sekerjanya di bahagian luar tetapi tidak berjaya kerana sempat melarikan diri.

Menurutnya, mangsa yang bergegas keluar bagaimanapun diserang sehingga maut di tempat kejadian akibat tetakan dan tikaman.

“Mangsa ditetak di bahagian belakang kepala, telinga kanan, satu kesan lubang di dahi dan 20 kesan tikaman di belakang badan.

“Siasatan awal polis mendapati punca kejadian disebabkan oleh perebutan kawasan kawalan keselamatan.

“Polis menolak sebarang unsur perkauman dan minta orang ramai tidak memanipulasi kes ini,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, Azman memberitahu, tempat kejadian merupakan kawasan terpencil dan pos pengawal pula tidak memiliki bekalan elektrik serta kamera litar tertutup (CCTV).

“Setakat ini sebanyak empat lelaki ditahan di sekitar daerah ini untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Utusan Malaysia
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli