Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis wanita kerja tampal tayar cari duit lebih

No Comment


SALATIGA, Jawa Tengah - Memandangkan keadaan ekonomi keluarganya yang sempit dan dibelenggu kemiskinan, seorang anggota polis wanita di sini sanggup melakukan kerja sampingan bagi membantu kewangan ibu bapanya dengan bekerja sebagai tukang tampal tayar motosikal.

Eka Yuli Andini yang merupakan anggota polis di Salatiga dan berusia 19 tahun itu menyatakan dia melakukan kerja sampingan sebagai tukang tampal tayar motosikal bertujuan membantu orang tuanya yang telah banyak berjasa sehingga dia berjaya sekarang.

“Ayah saya selain bekerja sebagai tukang tampal tayar, dia turut bekerja sebagai tukang bersih masjid sejak empat tahun lalu.

“Kedua-dua orang tua saya ini ibarat malaikat yang diturunkan Tuhan untuk menjaga saya. Untuk membahagiakan mereka, saya harus bekerja keras dan membuktikan saya mampu melakukan yang terbaik untuk mereka,” kata Eka Yuli Andini seperti dilaporkan portal berita WowKeren.com.

Gadis cantik itu terkenal dengan panggilan Nyambi atau tukang tampal tayar iaitu panggilan yang tidak disukai Eka. Sebaliknya, 
Eka lebih gigih dan tidak rasa 
malu demi membantu keluarganya yang mengalami masalah kewangan. Selain itu, dia juga berasa bangga dengan orang tuanya.

Eka mengatakan bahawa jika dia berjaya melakukannya maka dia akan membuat hidup keluarganya sejahtera. Pada suatu ketika nanti dia juga ingin membalas jasa orang tuanya yang selama ini memberi sokongan kepada dirinya.

“Saya baharu menjadi anggota polis sejak lima bulan lalu. Saya bercita-cita untuk mengumpul wang dan menghantar ibu bapa saya menunaikan haji serta menghadiahkan sebuah rumah kepada mereka.

“Dengan membalas budi mereka dalam bentuk membawa mereka menunaikan haji, itu belum cukup. Meskipun, ia bukan suatu yang mudah tetapi ia adalah cara saya untuk membahagiakan mereka,” katanya.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli