Suspek sebar berita palsu kematian Lee Kuan Yew dikenal pasti
Singapura: Individu yang dipercayai memuat naik pengumuman palsu mengenai kematian bekas perdana menteri, Lee Kuan Yew Rabu lalu dikenal pasti pelajar tempatan berusia di bawah 16 tahun.
Kenyataan polis Singapura semalam menyatakan, remaja lelaki terbabit kini sedang membantu siasatan.
Kira-kira jam 10.10 malam pada Rabu lalu, polis mengesan beberapa mesej disebar mengandungi tangkap layar (screenshot) kononnya kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura.
“Polis mengesan identiti suspek dalam tempoh 24 jam.
“Siasatan awal menunjukkan suspek mengubah suai kenyataan media awal di laman sesawang PMO dan menyebarkannya.
Sementara itu, Kuan Yew dilaporkan kekal berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Pengasas Singapura yang kini berusia 91 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah pneumonia serius pada September tahun lalu. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini