Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim),Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, semalam menafikan dakwaan bahawa hantaran untuk perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyaK AS$500,000.
Menurut beliau gambar yang mendakwa jumlah hantaran sebanyak itu disahkan "palsu" oleh Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya.
“Tadi dalam mesyuarat pasca kabinet, Ustaz Paimuzi mendedahkan bahawa sijil nikah anak PM telah dipalsukan dengan meletakkan nilai hantaran sehingga As$500,000,."
"JAWI akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sijil nikah palsu itu." kata Wajdi dalam tulisan di Facebook.
Sebelum ini tersebar gambar dilaman sosial sekeping sijil nikah yang didakwa milik anak Perdana Menteri, Dato Sri Najib yang memaparkan mas kawin setinggi 500,000 USD.
Sijil nikah itu turut tertera alamat kediaman rasmi Najib di Seri Perdana Putrajaya. - Siakapkeli.com.my
Sjil Palsu
Sijil Asli