Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

56 disahkan lemas dalam kejadian kapal karam

No Comment


Moscow: Sebuah pukat tunda Russia bawa 132 anak kapal karam pagi semalam di Laut Okhotsk di Semenanjung Kamchatka dengan sekurang-kurang 56 disahkan mati.

Perkhidmatan kecemasan di Kamchatka memetik ketua operasi menyelamat sebagai berkata, setakat ini 63 kru kapal Dalny Vostok diselamatkan namun nasib 13 lagi belum diketahui.

Lebih 26 bot nelayan terbabit dalam usaha menyelamat, kata perkhidmatan kecemasan dalam kenyataan di laman sesawang mereka.

Hasil carian dilakukan bot nelayan berjaya mengeluarkan 56 mayat.

Menurut penyiasat, punca kejadian belum diketahui, namun mencadangkan insiden disebabkan pertembungan dengan ais hanyut.

Jawatankuasa Penyiasatan berkata, ia mempertimbangkan semua teori, namun tidak menolak kemungkinan yang kapal itu berlanggar dengan objek yang terapung di laut.

Insiden berlaku kira-kira empat pagi (waktu Malaysia, kelmarin) dan kapal itu dipercayai karam dalam tempoh 15 minit. Mereka yang terselamat sempat memasuki bot penyelamat dan ada juga memakai baju selam.

Menurut agensi media Interfax, kejadian berlaku jam 4 pagi (waktu tempatan) dan kapal terbabit tidak mengeluarkan amaran kecemasan sebelum karam.

Sehubungan itu, Kementerian Kecemasan Russia menghantar pasukan penyelamat dan doktor menaiki helikopter untuk menghantar bantuan perubatan serta membawa mangsa yang diselamatkan ke hospital di bandar Magadan.

Daripada 132 anak kapal, 78 adalah warga Russia, 42 Myanmar dan selebihnya dari Latvia, Ukraine serta Vanuatu.

Kata perkhidmatan kecemasan, dianggarkan 1,300 orang terbabit dalam operasi menyelamat. - AP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli