Beg Tangan Paling Mahal Diisytihar di Kaunter Pembayaran Balik GST
SEPANG: Beg tangan jenama Channel berharga RM16,000 merupakan barang paling mahal diisytihar di Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak ia mula beroperasi semalam.
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata beg tangan itu diisytihar semalam iaitu pada hari pertama pengenalan Skim Pembayaran Balik Pelancongan (TRS) yang diperkenal bersempena pelaksanaan GST.
Katanya setakat ini sebanyak 13 transaksi direkodkan di kaunter verifikasi di bawah TRS.
"Kebanyakan barang yang diisytihar adalah pakaian, jam tangan serta pewter dan berdasarkan resit kebanyakan barang dibeli di Suria KLCC, Pavilion dan Bukit Bintang," katanya kepada Bernama selepas meninjau Kaunter Verifikasi Pembayaran Balik GST di KLIA pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah KDRM Datuk Abdul Rahman Othman.
TRS diperkenal bertujuan memudahkan pelancong asing menuntut kembali jumlah GST yang dibelanjakan ke atas barangan yang dibeli daripada 800 peruncit yang berdaftar di bawah skim itu.
Untuk membolehkan pelancong menuntut semula GST, mereka perlu datang ke kaunter verifikasi lengkap dengan barangan yang perlu diisytihar; resitpembelian; pasport; pas pelepasan dan borang tuntutan GST yang diperoleh daripada premis (tempat membeli barang) selepas membuat bayaran.
Menjelaskan mengenai prosedur itu, Chik Omar berkata setelah selesai semua urusan di kuanter verifikasi tersebut, pelancong kemudian perlu ke kauntertuntutan bayaran bersama borang tuntutan GST yang telah disahkan oleh Kastam.
"Kaunter tuntutan bayaran terletak di dalam balai pelepasan kerana kami (Kastam) mahu memastikan pelancong tersebut benar-benar berlepas ke luarnegara," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata untuk memastikan tidak berlaku unsur penipuan tuntutan semula GST bagi barang kemas, pihak Kastam turut melakukanujian ketulenan barang tersebut menggunakan mesin khas dikenali sebagai "Spectometer".
Katanya mesin yang ditempatkan di kaunter tuntutan bayaran GST di balai pelepasan itu akan menguji jenis emas dan tahap ketumpatan logam berkenaan yangdibeli di negara ini.
"Pegawai Kastam akan terlebih dahulu menimbang barang (kemas) yang diserahkan oleh pelancong, kemudian barang itu akan diletak di dalam Spectometeruntuk diuji yang mengambil masa kira-kira lima minit.
"Ujian ini (barang kemas) selalunya dibuat tiga kali. Misalnya gelang, mula-mula kami akan uji badan gelang itu dahulu, kemudian cangkuk dan aksesori lain (jika ada seperti loceng) untuk pastikan semua ini adalah daripada jenis emas yang sama," jelas Abdul Rahman. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini