Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 27, "perkara tersebut dilakukan kerana dia mahu menampung keperluan dirinya selain akan memastikan bayaran yang dikenakan setimpal dengan tawaran yang diberi." katanya memetik mStar online
Itu semua bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan tetapi saya cuma ingin minta lebih sikit harga sebagai duit minyak, tambang tol dan keperluan asas.
"Kalau nak kata saya ni mula demand, sejak dulu lagi saya boleh lakukannya tetapi sekarang ni saya mahu semua pihak membayar saya setimpal dengan kerja yang dilakukan.
"Kepada semua pengarah dan penerbit tidak harus takut untuk mengambil saya berlakon kerana saya akan cuba memenuhi kehendak mereka selagi mampu untuk lakukannya," katanya lagi. — Siakapkeli.com.my