Sejak perlaksaan GST ini nama Timbalan Menteri Kewangan nampaknya sudah menjadi satu sebutan di laman sosial tidak kiralah di laman Facebook ataupun Twitter.
Hari ini, nama Timbalan Menteri Kewangan tersebut menjadi antara trending tertinggi di laman Twitter selepas satu lagi isu berbangkit dimana satu ucapan beliau di depan pelajar UITM menjadi bualan masyarakat di laman sosial.
Sebelum ini banyak laporan portal berita dan hiburan memaparkan berita bahawa beliau meminta pelajar UITM supaya memasak sendiri untuk menjimatkan kos daripada makan diluar bagi mengelakkan terbeban kerana cukai GST.
Keratan laporan dari Astro Awani
Ucapan tersebut manjadi bahan jenaka dan bualan apabila pelajar UITM sendiri tampil mengatakan apa yang dicakap oleh Ahmad Maslan itu adalah mustahil kerana undang-undang universiti sendiri melarang membawa masuk barangngan dapur melainkan cerek elektrik.
Laporan itu telah menjadi satu viral dimana sahaja page atau facebook persendirian dilaman sosial.
Bagaimanapun hari ini, Ahmad Maslan telah tampil dengan meminta supaya pihak-pihak media berhenti memanipulasi ucapan beliau dengan menyifatkan ucapan beliau selama 2 jam itu menyentuh menyeluruh isu GST.
Beliau juga mengatakan isu memasak sendiri tidak terlibat dengan pelajar yang tingaal di kolej kediaman hanya ditujukan kepada mereka yang tinggal di luar kampus.
Beliau juga tampil memberitahu supaya pihak pengusaha makanan di cafe universiti tidak menaikkan harga sesuka hati kerana peniaga boleh tebus cukai 6% dan menasihatkan mereka menjual makanan dengan harga berpatutan.
Nampaknya makin pupular nama Timbalan Menteri Kewangan ini, dimana-mana pasti ada yang menyebut namanya. - Siakapkeli.com.my