Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Alexander Stubb umum kekalahan pilihan raya umum Finland

No Comment


HELSINKI: Perdana Menteri Finland, Alexander Stubb mengumumkan Parti Gabungan Nasional pimpinannya tewas dalam pilihan raya umum yang menyaksikan parti pembangkang, Parti Pusat dan pemimpinnya, Juha Sipila kini di depan dalam pengiraan undi.

"Ia seperti Parti Pusat telah menang. Tahniah," kata Stubb dalam siaran radio umum Finland dan stesen televisyen YLE. Ramalan oleh YLE menunjukkan Parti Pusat itu menang 46 daripada 200 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, manakala Parti Gabungan Nasional memperoleh 37 kerusi, sama dengan yang diperoleh Parti Sosial Demokrat.

Parti berhaluan kanan, Parti Finns pula merebut 35 kerusi. Pengundi dilihat menolak parti gabungan di bawah pimpinan Stubb yang memimpin kerajaan disebabkan masalah dalaman serta gagal membuat perubahan dasar.

Juha, 53, seorang jutawan teknologi maklumat (IT) serta pendatang baru dalam politik, dijangka menjadi Perdana Menteri yang baharu. Jawatan perdana menteri di Finland secara tradisinya diberikan kepada parti terbesar dan membentuk kerajaan dengan parti lain untuk memperoleh majoriti di Parlimen.

Dalam kempen pilihan raya yang banyak tertumpu kepada bagaimana Finland mengharungi kelembapan ekonomi dalam tempoh tiga tahun, Sipila dilihat memberi fokus kepada kemahiran perniagaan yang dimilikinya.

 Dalam kempennya, beliau berikrar akan mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan di sektor swasta dalam masa 10 tahun. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli