Anti-Islam, Yahudi sama berat
London: Setiap pasukan polis di England dan Wales mungkin bakal diwajibkan merekodkan jenayah kebencian perkauman anti-Islam dan memandangnya sama serius seperti serangan anti-Yahudi.
Setiausaha Dalam Negeri, Theresa May membayangkan keadaan itu sekiranya Tory memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Polis perlu merekodkan serangan ‘Islamofobia’ dalam kategori berlainan sebagaimana jenayah anti-Yahudi yang dicatat dalam kelas yang tersendiri,” katanya.
Buat masa ini, beberapa pasukan keselamatan termasuk Polis Metropolitan London, sudah berbuat demikian, namun di lokasi lain ia mungkin sekadar dikategorikan jenayah kebencian atau kesalahan lebih khusus seperti serangan dan menyebabkan kecederaan.
Seandaianya ia dilaksanakan, syarat itu dipercayai dapat memberi gambaran lebih tepat ke atas tahap jenayah Islamofobia di Britain yang dikatakan meningkat selepas serangan 9/11 di Amerika Syarikat. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini