Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dewan Rakyat Hari Ini Luluskan Kenaikan Gaji Baru Bagi Anggota Parlimen Dan Dewan Negara

No Comment


Dewan Rakyat yang bersidang hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim  yang membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata kenaikan gaji ahli parlimen adalah perlu memandangkan faktor persekitaran pada masa sekarang amat mencabar untuk seorang ahli Parlimen.

"Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya.

Kenaikan gaji baru bulanan bagi anggota Dewan Rakyat naik kepada RM16,000 daripada RM11,000 manakala bagi anggota Dewan Negara  naik kepada RM11,000 dari RM7,000.

Selain itu gaji bagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat pula naik kepada RM22,000 dari RM16,000 dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat naik kepada RM31,000 dari RM20,000 asalnya.

Ketika ini, anggota Parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.

Salain itu mereka juga menerima elaun mesyuarat sebanyak RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli