Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dr Mahathir Tidak Kesorangan Kerana Majoriti Senyap Sentiasa Bersama Beliau - Muhammad Muhd Taib

No Comment


Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah tampil membuat kenyataan yang Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya tidak kesorangan dalam mempersoalkan kepimpianan Datuk Sri Najib Razak.

Menurutnya, Dr Mahathir sebenarnya masih disokong oleh majoriti senyap rakyat walaupun baru-baru ini semua sayap kepimpinan UMNO menyatakan sokongan terhadap Najib.

“Dr Mahathir bukan sendirian. Majoriti besar mengikuti, dan apa yang ditanya Dr Mahathir belum dijawab, malah perdana menteri mencari penyokong untuk menunjukkan kekuatannya.

“Tak ada apa yang nak disorakkan sebenarnya. Saya rasa majoriti senyap ini memerhati dan mereka mendengar apa yang disuarakan Dr Mahathir,” kata Muhammad dipetik dari The Malaysian Insider.

Sebelum ini Dr M telah mengeluarkan kenyataan melalui blognya yang meraskan dia bersendirian dalam mengkritik kepimpinan Najib terutama berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah? Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya?

“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik,” katanya di dalam chedet.cc

Bekas Menteri Besar Selangor itu menasihatkan Najib agar mendengar nasihat Tun M dari sudut positif kerana terlalu banyak petunjuk yang menunjukkan negara tidak berada di landasan betul.

Katanya, selama 11 tahun di bawah pentadbiran Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu tidak menegur secara membabi buta sebaliknya mahu melihat perubahan dan kebaikan.

“Misalnya mata wang jatuh, sukan bola sepak kita di tangga 164, pelajaran pun jatuh. Kita patut dengar apa yang ditegur Dr Mahathir.

"Saya lama di bawah Dr Mahathir, 11 tahun. Dr Mahathir kalau dia tegur sesuatu itu punyai asas. 1MDB, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan pelbagai lagi isu, mempunyai asas,” katanya.

Muhammad menyelar tindakan Umno kini dengan mengatakan UMNO sedang berada dalam sindrom penafian, sombong dan bongkak, dan ia menunggu saat kejatuhan.

Katanya, kenyataan beberapa pemimpin Umno mempertahankan Najib dan tidak menghargai nasihat Dr Mahathir adalah mengecewakan.

“Pendekatan yang dibuat terhadap Dr Mahathir mengecewakan. Sepatutnya kita berterima kasih atas teguran ini. Bekas pemimpin kita yang sangat berjaya membawa negara ke taraf perindustrian.

“Apabila beliau menegur, sepatutnya mesti diterima. Jangan ditohmah, ditangkap atau disiasat. Ini tidak akan diterima orang. Ini perbuatan yang sangat biadap,” katanya

Beliau turut memberitahu sudah tiba masa Barisan Nasional (BN) menyerah tampuk pemerintahan kepada parti yang lebih layak dan mereka yang lebih muda menerajui negara. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli