Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Luahan Hati Tunang Gadis Yang Ditikam Di Parkir Pasaraya

No Comment


KLUANG: Baru-baru ini kita digemparkan tentang seorang gadis telah maut dibunuh oleh bekas tunangnya di parking sebuah pasaraya tempat gadis tersebut bekerja di daerah ini.

Kejadian dikatakan berlaku kerana bermotifkan cemburu apabila bekas tunangnya itu telah bertunang dengan orang lain.

Susulan kejadian tersebut, tunang kepada Nursyafikah, 20, telah melahirkan rasa sedih tetapi redha dengan pemergian mangsa yang merupakan insan yang disayangi.

Mohd Fahmi Muskin, 21, nyata terkilan dengan kejadian berkenaan dan berharap pembunuh tersebut dapat ditangkap secepat mungkin dan dihukum.

BACA: Gadis Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parking Sebuah Pasaraya

"Nursyafikah, wanita pertama hadir dalam hidup saya. Tetapi impian kami untuk hidup telah dimusnahkan oleh pembunuhnya," katanya.

Fahmi, yang bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram melahirkan rasa sedih kerana hasrat dia dan tunangnya yang merancang akan berkahwin pada September tidak kesampaian.



“Walaupun kami baru bertunang kira-kira sebulan lalu, saya mengenali Nursyafikah sejak enam tahun lalu menyebabkan kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dia wanita pertama hadir dalam hidup saya.

“Lebih menyedihkan mengenangkan beberapa hari sebelum kejadian, dia meminta saya jangan sesekali meninggalkannya serta kerap meminta dimaafkan jika ada yang menyakitkan hati saya sepanjang perkenalan kami,” katanya.

Menurut Fahmi, walaupun Syafikah sudah tiada dia tetapi akan tetap behubung dengan keluarga tunangnya itu bagi memberikan sokongan kerana faham dengan keadaan keluarga mangsa yang masih berada dalam keadaan sedih.

Pihak polis sehingga kini masih belum berjaya mengesan suspek semenjak hari kejadian dan usaha memburu suspek akan diteruskan sehingga suspek berjaya ditangkap.

Polis meminta orang ramai yang mengetahui maklumat tentnag suspek terus menghubungi balai polis berdekatan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli