Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hotel Alas Kanvas, 67 Meter Dari Aras Laut

No Comment


PENGINAPAN unik dengan hanya beralaskan platform kanvas dan tergantung pada ketinggian kira-kira 67 meter dari aras laut ditawarkan Hotel Portaledge, Anglesey di utara Wales.

Pada harga £500 semalam untuk dua orang, pelanggan boleh menikmati suasana nyaman dari tebing tinggi dengan bunyi ombak dan desiran angin yang tentu sekali suatu pengalaman menakjubkan.

Pelanggan bagaimanapun perlu menakik turun ke 'bilik' penginapan ketika matahari terbenam untuk bermalam.

Seperti hotel lain, pelanggan juga akan dihidangkan makan malam dengan dapur digantung pada tepi tebing, selain sarapan pada keesokkan paginya.

Penganjur, Sam Farnsworth berkata: "Ia suatu pengalaman yang menyeronokkan apabila bangun dan melihat anda berada di atas sekeping kanvas pada ketinggian 67 meter."


Idea untuk menawarkan penginapan itu timbul selepas mengambil kira ia suatu kebiasaan di utara dan selatan Amerika bagi pendaki untuk bermalam di kawasan curam.

Sehubungan itu, katanya, konsep sama digunakan kecuali ia melibatkan kawasan tebing di tepi laut.

"Kami lakukan beberapa percubaan pada akhir musim panas lalu dan ia berjalan lancar.

"Pada awalnya mungkin akan rasa pelik kerana berada di belebas cenuram tetapi selepas beberapa minit semuanya akan relaks dan menikmati pengalaman menarik itu," kata Sam lagi.


Lebih menggembirakan Sam apabila sudah ada pelanggan menempah untuk melalui pengalaman unik itu ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih tahun depan.

Bagi memastikan semuanya berjalan lancar, setiap pelanggan akan dinasihatkan supaya ke tandas sebelum menakik turun, bagaimanapun mereka boleh naik ke atas semula jika perlu ke tandas sepanjang tempoh penginapan itu.

Ketika ini, dua lokasi yang menawarkan penginapan seumpama itu iaitu di Gogarth, Pulau Holy dan Betws-y-Coed di Snowdonia pada harga £450 seorang atau £500 untuk berpasangan. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli