Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Bapa Cuai Benar Anak Menunggang Motosikal Tanpa Lesen Akan Dihukum - KPN

No Comment


SEPANG: Pihak Polis Diraja Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menggunakan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai membiarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.

Ia sebagai langkah kerana semakin banyak insiden kemalangan maut melibatkan pelajar berusia 16 tahun ke bawah yang semakin serius dengan 309 kes dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Mac lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu sebanyak 13 kes kematian melibatkan murid sekolah rendah dan 296 pelajar sekolah menengah.

"Kita tidak boleh lagi menerima alasan mereka tidak tahu anak-anak mereka menggunakan motosikal sebaliknya selaku ibu bapa, penjaga atau pemilik motosikal, mereka sepatutnya memberi perhatian serius kerana sebarang kecuaian membabitkan nyawa," katanya.

Selain itu ebanyak 42,392 saman trafik dikeluarkan kepada penunggang motosikal dibawah umur 16 tahun pada tahun lalu.

Antara 1 Januari hingga 31 Mac ini, sebanyak 5,499 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal bawah umur dan jumlah tersebut mat membimbangkan.

"Kami akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai kemungkinan melaksanakan pindaan tersebut," katanya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli