Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Keadaan Cuaca Bukan Punca Helikopter Terhampas Di Semenyih

No Comment


HASIL siasatan nahas helikomper yang mengorban kan Ahli Parlimen Rompin dan beberapa kenamaan lain di Semenyih baru-baru ini bukan berpunca daripada cuaca buruk.

Menurut sumber, penyaisat nahas helikopter AS365N2 Dauphin membuat kesimpulan bahawa nahas kemungkinan berpunca dari kesilapan manusia atau kesilapan mekanikal yang membuatkan pesawat tersebut terhempas.

Keputusan ini dibuat berdasarkan rakaman audio dari perakam suara kokpit helikopter yang mendedahkan terdaapt rakaman suara 'meredakan' yang dituturkan antara penumpang dalam minit-minit terakhir.

Bagaimanapun, pihak penyiasat tidak menjumpai sebarang petanda ‘misteri’ dalam perbualan tersebut.

“Sebelum itu dalam penerbangan, juruterbang dan penumpang telah didengar membincangkan tentang bunyi yang datang dari helikopter. Mereka berkata mereka bimbang tentang isu mekanikal, “kata sumber itu..

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan analisis rakaman penerbangan masih dilakukan dan maklumat akan didedahkan dalam laporan awal, bulan depan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli