KUALA LUMPUR: Berikutan nahas sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada petang tadi.
Kesemua keenam-enam penumpang sudah berjaya ditemui dan berdasarkan berita yang diterima kesemua mereka meninggal dunia.
BACA: Helikopter Dinaiki Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis Terhempas
Berdasarkan maklumat dari Twitter milik jabatan Bomba Penyelamat dan Harian Metro mengesahkan telah menemui kesemua mangsa.
KESEMUA MANGSA NAHAS HELICOPTER TELAH DITEMUI 8.15 malam #BOMBA pic.twitter.com/QgfTyuOx3o
— BOMBA (@bombaJBPM) April 4, 2015
JAM 2015 KETUA BALAI SEMENYIH LAPOR MANGSA KE 6 TELAH DIJUMPAI DIBAWAH HELIKOPTER #BOMBA pic.twitter.com/LezMOVIX4X
— BOMBA (@bombaJBPM) April 4, 2015
6 mayat mangsa nahas helikopter di Semenyih petang tadi sudah ditemui dan akan dibawa keluar dalam masa sejam-Pengarah JBPM Selangor
— Harian Metro (@hmetromy) April 4, 2015
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.Kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter telah ditemui namun identiti mereka belum dapat dipastikan, kata Pengarah Bomba Selangor sambil menambah bahawa proses mengeluarkan mayat mungkin selesai 9.30 malam ini.
Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.
Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.
"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya. - Siakapkeli.com.my