Ku Li Tolak Dikaitkan Sebagai Calon PM Tapi Sedia Kerjasama Dengan Tun M
KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah tampil menolak apabila dirinya dikaitkan oleh mana-mana pihak yang mencadangkan belia menjadi pengganti Perdana Menteri menggantikan Dato Sri Najib Tun Razak.
Menurut Ku Li yang merupakan Ahli parlimen Gua Musang menyifatkan dirinya sebagai 'orang luar' menyebabkan dia tidak boleh mencampuri hal pemerintahan negara.
"Ada hierarki (sistem lantikan), saya orang luar. Zaid Ibrahim boleh cadang kerana itu adalah pandangan dia," katanya.
Razaleigh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim yang menyuarakan bahawa beliau adalah calon terbaik mengambil alih jawatan perdana menteri.
Mengulas mengenai kerjasama dengan Mahathir, Ku Li berkata, beliau tiada masalah bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Dr Mahathir.
"Saya boleh bekerjasama dengan sesiapapun. Saya tidak berkelahi dengan Tun Mahathir.
"Tapi untuk calon perdana menteri, itu soal lain. Saya berkawan dengan Tun Mahathir sudah berpuluh tahun. Saya bukan berada di Parlimen hari ini sahaja.
"Bekerjasama dengan Tun Mahathir dan siapa-siapa pun tidak ada masalah. Tapi untuk soal perdana menteri, itu soal lain dan tidak boleh campur," katanya.
Sebelum ini Ku Li dan Dr Mahathir secara terbuka mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan meramalkan Barisan Nasional (BN) akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti sekiranya parti itu dan Umno masih diterajui Najib.
Malah Dr Mahathir juga membangkitkan beberapa isu kontroversi yang menyelubungi pentadbiran Najib termasuk isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini