Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lagi blogger mati dibunuh

No Comment


Dhaka: Seorang blogger mati ditetak di ibu negara Bangladesh ini, semalam, serangan kejam terbaru ke atas penulis bebas negara berkenaan.

Polis menahan dua lelaki yang dikaitkan dengan pembunuhan itu yang berlaku hanya beberapa minggu selepas penulis blog ateis warga Amerika juga ditetak hingga mati di Dhaka, kejadian yang mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.

“Dia ditetak dengan kejam hingga mati dengan parang, 460 meter dari kediamannya,” kata ketua polis tempatan, Wahidul Islam.

Menurutnya, kedua-dua penyerang itu ditahan selepas cuba melarikan diri dari tempat kejadian.
Polis berkata, mereka tidak pasti sama ada mangsa Washiqur Rahman, 27, juga berfahaman ateis.

Namun, seorang penulis di media sosial berkata, mangsa sering menulis menentang fahaman fundamentalis agama.

“Washiqur menulis menggunakan nama pena Kutshit Hasher Chhana (Anak Itik Buruk). Dia pemikir bebas agama yang progresif dan menentang fahaman pelampau dalam agama,” kata ketua Rangkaian Bloger dan Aktivis Online di Bangladesh, Imran Sarker. - AFP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli