Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sekurang-kurangnya 10 mati tertimbus

No Comment


Srinagar: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Kashmir semalam.
Kejadian berlaku ketika mangsa tidur.

Ia berpunca daripada hujan lebat luar musim yang melanda India ketika ini hingga memusnahkan hasil pertanian dan menimbulkan kebimbangan mengenai banjir kilat di kawasan pergunungan di utara negara itu.

Ratusan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing semalam apabila sungai utama di Kashmir mula melimpah tebing dan peramal kaji cuaca menjangka keadaan berterusan selama beberapa hari lagi di wilayah itu yang tujuh bulan lalu dilanda banjir besar.

Dalam kejadian semalam, sebuah tebing bukit runtuh, menimbus rumah di sebuah kampung yang terletak 40 kilometer dari Srinagar, ibu negeri Kashmir.

Tiga keluarga berada dalam rumah berkenaan dan polis terpaksa menggunakan penggali serta penyodok untuk mencari mereka.

“Seluruh rumah musnah ditimbus tanah runtuh itu. Tidak mungkin ada yang terselamat,” kata jiran keluarga itu, Mushtaq Ahmad.

Superintendan polis tempatan Fayaz Ahmad Lone berkata, 10 orang tertimbus dalam kejadian itu.

September lalu, lembah Kashmir mengalami banjir paling buruk dalam tempoh lebih seabad, menyebabkan lebih 200 penduduk mati dan hampir sejuta orang terpaksa menumpang di kawasan selamat selama beberapa minggu.

Kerajaan Kashmir semalam mengumumkan amaran banjir dan meminta penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Jhelum, sungai utama yang merentasi Srinagar, meninggalkan kediaman masing-masing.

Pihak berkuasa membina beberapa pusat bantuan sementara untuk mereka yang terpaksa berpindah.
Seorang doktor, Mujeeb Ahmad yang meninggalkan kediamannya bersama-sama keluarganya semalam berkata: “Tahun lalu, keluarga saya terperangkap dalam banjir dan kami diselamatkan selepas empat hari. Kami tidak mahu kejadian itu berulang.” - Reuters

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli