Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Sembunyi Dalam Ruang Tayar Pesawar Garuda Airlines

No Comment


Jakarta: Seorang lelaki hampir maut selepas bersembunyi didalam ruang tayar sebuah pesawat penumpang yang dalam penerbangan dari Pekanbaru, Riau ke bandar ini, kelmarin.

Mario Stevan Ambarita, 21, telah memanjat tayar pesawat jenis Boeing 737-800 milik Garuda Indonesia di Lapangan terbang Sultan Syarif Kasim II di Pekanbaru, Riau pada Selasa lalu.

Lelaki itu dijumpai berjalan di landasan sebelum pengsan selepas pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.

Menurut pihak polis, beliauy bernasib baik kerana terselamat walaupun berada di altitud tinggi, kekurangan oksigen dan suhu hampir ke paras beku selama dua jam penerbangan.


Ketika disoal siasat, Mario memberitahu, dia nekad ke Jakarta kerana mahu berjumpa dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi).

“Kes ini sangat mengejutkan kami kerana lelaki itu dijumpai masih hidup walaupun berdepan keadaan yang ekstrem,” kata ketua pegawai eksekutif Garuda, Arif Wibowo.

Mario telah memanjat pagar setinggi 2.5 meter dan menundukkan badan ketika berada di ruangan tayar belakang pesawat berkenaan.

Mario pengsan selepas keluar dari pesawat berkenaan dan dibawa ke hospital dengan telinga berdarah serta kecederaan ringan lain. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli