Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mangsa Simbahan Asid Tampil Tuntut Pembelaan Selepas 6 Tahun

No Comment


Butterworth: Azri Abdullah, 47, yang kini buta kedua-dua belah mata telah tampil membuka semula kes yang berlaku terhadap dirinya selepas ia diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA) setelah 6 tahun.

Peguam Azri, Anbananthan Yathiraju berkata, menyedari perkara ini boleh disebut semula beliau telah menghantar surat kepada pejabat peguam negara dan pihak Polis Diraja Malaysia untuk membuka semula kes tersebut.

"Hasilnya suspek kes itu dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 25 Mac lalu.

"Selepas pertuduhan dilakukan hakim kemudian memutuskan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes," katanya.

Selain itu mangsa turut merayu bantuan orang ramai bagi mengumpul dana RM160,000 untuk menjalani pembedahan.

Pada 2009 dahulu, Azri mengalami melecur hampir keseluruhan badan dan hilang pengelihatan selepas disimbah asid oleh keluarganya sendiri meyebabkan beliau koma dan terpaksa menanggung sakit selama 11 bulan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli