Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemberontak Houthi makin tertekan

No Comment


NEW YORK – Kuasa-kuasa dunia bersatu menentang pemberontakan puak Syiah Houthi semalam menerusi sekatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sekatan baharu Amerika Syarikat (AS).

Majlis Keselamatan PBB mengundi untuk meluluskan sekatan senjata itu dibuat selepas Iran yang dituduh menyokong puak Houthi, mencadangkan satu gencatan senjata dimeterai dan disusuli rundingan damai melalui pengantara asing.

Pemberontakan puak Houthi memaksa Presiden Abedrabbo Mansour Hadi me­ninggalkan Yemen dan menimbulkan ancaman krisis kemanusiaan di negara miskin itu.

Konflik itu turut meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat dengan Arab Saudi menuduh Iran mendalangi pemberontakan puak Houthi

REUTERS - TENTERA Arab Saudi melepaskan bedilan meriam ke arah kedudukan pemberontak Houthi dekat sempadan Yemen.

Satu pakatan negara Sunnah diketuai Riyadh melancarkan serangan udara di Yemen sejak beberapa minggu lalu, manakala angka kematian orang awam terus meningkat.

Majlis Keselamatan PBB pula bertindak balas dengan melaksanakan sekatan senjata terhadap puak Houthi dan menggesa militia itu berundur dari ibu kota Yemen, Sanaa.

Mengulas tindakan PBB, jurucakap kerajaan Arab Saudi, Brigedier Jeneral Ahmed al-Assiri berkata, resolusi PBB tersebut membuktikan bahawa dunia menyokong campur tangan pakatan Arab Saudi di Yemen.

“Undian PBB hari ini (semalam) merupakan kejayaan kepada penduduk Yemen,” ujarnya sambil menambah Majlis Keselamatan menyedari tentang bahaya konflik di Yemen jika dibiarkan merebak.

Sekutu Iran, Rusia bersikap berkecuali dalam undian tersebut walaupun mempunyai kuasa veto membatalkan resolusi tersebut. – AFP
\
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli