Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Asiana langgar antena landasan

No Comment


TOKYO – Sebuah pesawat syarikat Penerbangan Asiana merempuh antena komunikasi semasa mendarat di Lapangan Terbang Hiroshima, Jepun, menurut satu rakaman semalam.

Nahas itu mencederakan 27 orang dan mengembalikan igauan kemalangan maut pesawat Asiana di San Francisco pada 2013.

Rakaman di Lapngan Terbang Hiroshima, menunjukkan struktur seperti pagar setinggi enam meter dan berada kira-kira 300 meter dari permulaan landasan itu pecah dengan serpihannya berselerakan.

Beberapa kesan tayar pesawat juga dapat dilihat di kawasan berumput di hadapan landasan itu.

Dalam kejadian kelmarin, kapal terbang jenis Airbus A320 itu terbabas dari landasan, berpusing lebih 90 darjah dan berhenti beberapa ratus meter selepas melanggar antena itu.

Kejadian berlaku semasa Penerbangan 0Z162 itu mendarat selepas berlepas dari bandar Incheon, dekat Seoul di Korea Selatan.

“Asap keluar dari pesawat dan beberapa topeng oksigen jatuh berjuntaian. Pramugari-pramugari panik dan saya fikir kami akan mati,” kata seorang penumpang wanita kepada media Jepun kelmarin.

Beberapa pegawai Jepun berkata, semua 73 penumpang dan kru pesawat itu dipindahkan dengan selamat dan tiada kematian dilaporkan.

“Bagaimanapun, 27 orang cedera dalam kemalangan tersebut,” kata seorang pegawai berkenaan.

“Ekor pesawat itu rosak, manakala siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas,” tambahnya.

Menurut Asiana dalam satu kenyataannya, antara mangsa yang cedera termasuk 14 rakyat Jepun dan masing-masing dua warga Korea Selatan serta China.

“Asiana memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada penumpang dan orang ramai berhubung kemalangan ini,” demikian menurut kenyataan sama. – AFP]
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli