Polis Tahan Lapan Orang Remaja Kerana Kes Samun Kedai Serbaneka
KOTA KINABALU: Seramai lapan orang remaja berusia 14-17 tahun telah berjaya ditahan selepas merompak kedai serbaneka di Bandaraya ini pagi tadi.
Mereka dikatakan merompak kedai sebaneka tersebut menggunakan dua bilah pisau sebagai senjata di 7 Eleven Jalan Padang, Kota Kinabalu pada pukul 5.47 pagi.
Mereka dikatakan melarikan diri menggunakan sebuah Proton Wira warna merah no. pendaftaran SAA 4774 A selepas melakukan rompakan.
Hasil maklumat orang ramai, kedudukan suspek telah berjaya dikesan di Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu. Telah berlaku kejar mengejar antara pihak polis dan suspek di mana akhirnya kenderaan suspek telah hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di simpang masuk Taman BDC, Kolombong.
Pihak polis berjaya menahan kesemua mereka dan berjaya merampas sebuah kereta Wira warna merah No. Pendaftaran SAA4764A, wang tunai RM46, 4 keping coklat, 11 jenis telefon bimbit dan beberapa lagi barang kes.
Hasil soal siasat pihak polis berjaya membuat rampasan susulan iaitu sebuah Produa Myvi warna silver yang dipercayai digunakan merompak dua buah kedai serbaneka Orange di Lido dan Penampang sebelum ini.
Kes di siasat dibawah seksyen 395/397. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini