Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Turki serbu parti berhaluan kiri

No Comment


Istanbul: Polis melancarkan serbuan awal pagi semalam ke atas kumpulan yang disyaki parti berhaluan kiri di Istanbul ekoran dua serangan di situ, baru-baru ini.

Agensi media Turki melaporkan, sekurang-kurang 10 orang ditangkap di Okmeydani, Istanbul apabila polis dikerahkan melakukan kawalan dengan menaiki kereta perisai.

Serangan itu dilakukan selepas dua hari kematian pendakwa di Istanbul semasa dalam tawanan. Kematiannya itu dipertanggungjawabkan ke atas Parti Barisan Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKP-C) yang berhaluan kiri.

Lewat kelmarin, dua militan termasuk seorang wanita cuba menggempur ibu pejabat polis di Istanbul. Wanita terbabit membawa bom tangan terbunuh, manakala rakan lelakinya ditahan.

Media Turki melaporkan penyerang wanita terbabit dikenali sebagai Elif Sultan Kalsen, 28, anggota DHKP-C.

DHKP-C mengaku bertanggungjawab untuk beberapa kejadian di Turki sejak kebelakangan ini, termasuk cubaan serangan bom Januari lalu terhadap polis yang mengawal istana Dolmabahce di Istanbul.

Ia juga mengaku bertanggungjawab atas satu serangan berani mati di Istanbul, namun kemudian menarik pengakuan itu.

Pihak berkuasa akhirnya mendedahkan penyerang terbabit sebenarnya wanita Russia yang berkahwin dengan seorang militan.

DHKP-C mahu membalas dendam atas pembunuhan Berkin Elvan yang mati Mac tahun lalu selepas koma 269 hari akibat kecederaan yang dilakukan polis dalam bantahan besar yang diadakan pada awal musim panas 2013.

Beberapa hari lalu, Pendakwa Istanbul Mehmet Selim Kiraz terbunuh selepas ditawan DHKP-C kerana menyiasat kes Elvan. - AFP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli