Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PRK Permatang Pauh Dan PRK Rompin Mungkin Serentak

No Comment


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin  PRK Parlimen Permatang Pauh akan diadakan serentak.

Perkara ini dijawab sendiri oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang memberitahu tarikh kekosongan antara dua kerusi ini terlalu dekat dan kemungkinan untuk diadakan serentak adalah tidak mustahil.

 berkata kemungkinan untuk menjalankan PRK di kedua-dua kawasan secara serentak adalah kerana tarikh kekosongan bagi kerusi terbabit terlalu dekat.

Perkara itu bagaimanapun akan dimuktamadkan pada mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh dan persiapan PRK Parlimen Rompin pada Jumaat ini, katanya.

“ Untuk Parlimen Permatang Pauh tarikh kekosongan adalah 1 April, manakala Rompin mungkin kita akan isytihar kosong pada 5 April." Apapun tunggulah sehingga Jumaat ini,” katanya dalam sidang media berkaitan PRK Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini.

Suruhanjaya itu hari ini menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April, manakala pengundian awal ditetapkan pada 3 Mei.

SPR dikatakana kan mengadakan mesyuarat menegnaik PRK Rompin pada 10 April ini untuk membincangkan hal berkaitan dengan pilihan raya.

PRK Parlimen Rompin perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin telah menewaskan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.= sekaligus mempertahankan kerusi tersebut selama 23 tahun. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli