Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suri rumah ajar wanita simpanan

No Comment


Datong (China): Satu rakaman video menunjukkan sekumpulan suri rumah menyerang seorang wanita yang didakwa tidur dengan suami seorang daripada mereka menjadi viral dalam laman sosial di China sejak kelmarin.

Video itu menunjukkan wanita berkenaan dipukul sebelum seluar dalamnya ditarik di depan orang ramai.

Kejadian berlaku di wilayah Shanxi, utara China, depan sebuah pusat beli-belah di bandar Datong.
Kejadian seumpama itu kini menjadi sebahagian daripada budaya di China yang menyaksikan wanita menyerang kekasih suami mereka atau teman wanita kekasih mereka di tempat terbuka.

Dalam kejadian kelmarin, seorang wanita dilihat memukul wanita yang didakwa perempuan simpanan, menarik rambutnya sebelum menanggalkan seluar dalam mangsa.

Orang ramai hanya melihat atau merakam kejadian itu tanpa seorang pun cuba membantu.

Kerana tidak menerima sebarang laporan, polis berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu.

Dalam satu kejadian lain di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, seorang wanita dihentak dengan batu di kepalanya.

Mengulas kejadian itu, seorang wanita Zhu Feng, 35 berkata: “Memang patut wanita simpanan itu diperlakukan begitu dan didedahkan kepada orang ramai. Jika mereka cuba mencuri suami kami, mereka tahu nasib yang akan menimpa mereka. Mereka perlu diajar supaya tidak mengganggu suami kami.” - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli