Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tiada Isu Tinggal Bersama Mertua" - Amir (Raja Lawak)

No Comment


PETALING JAYA: Pelawak Amir (Raja Lawak) merasakan tidak menjadi isu besar untuk dia tinggal bersama keluarga mertuanya di Paya Jaras, Sungai Buloh dekat sini selepas hampir sebulan melangsungkan pernikahan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, berkata, keluarga mertuanya sangat baik dan memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni selain tidak menghalang dia dan isteri membina rumah tangga.

“Keluarga mertua sangat memahami karier saya yang sering pulang lewat ke rumah dan kadang-kadang atas urusan perniagaan tidak menentu masa.

“Mereka faham dan sangat memberi sokongan buat kami berdua,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Selain itu, Amir juga berkata dia belum bersedia untuk berpindah kerana selesa tinggal bersama keluarga mertua selain memudahkan isterinya, Nur Intan Syafinaz Shaari, 21, ke tempat kerja yang terletak di Damansara.

“Saya ada juga merancang untuk tinggal di rumah berasingan tetapi buat masa sekarang kami selesa tinggal di situ kerana tempat kerja isteri saya pun dekat dengan rumah.

“Sekarang nak cari rumah yang betul-betul selesa dan selamat pun susah. Lagipun tugas saya sebagai suami bukan saja nak jaga isteri tetapi nak jaga anak orang,” katanya.

Tambah Amir, keadaan rumah mertua yang selesa turut menjadi faktor buat Amir memilih untuk terus tinggal disitu.

Dalam pada itu, Amir turut berkongsi pengalamannya sepanjang sebulan bergelar sebagai suami.

“Hampir sebulan berumahtangga, saya berasa sangat bahagia kerana isteri saya banyak menjaga makan minum serta penampilan saya.

“Saya kini dah boleh memakai baju kemeja kerana sekarang dah ada orang tolong gosokkan dan sarapan pun isteri saya buat setiap hari, tidak perlu lagi saya habiskan duit di luar.

Terdahulu Amir selamat bergelar suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari dengan sekali lafaz pada 14 Mac lalu.

Majlis resepsi sebelah lelaki diadakan secara sederhana di Kelantan pada Khamis lalu dengan dihadiri saudara dan rakan-rakan terdekat sahaja. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli