Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Emas Berumur 100 Tahun Kapak Isteri

No Comment


Treton: Seorang warga emas berusia 100 tahun membunuh isterinya dengan kapak ketika wanita itu tidur sebelum dia membunuh diri di dalam bilik mandi menggunakan pisau.

Punca Rosalia, 88, dibunuh suaminya Michael Juskins, 100, pada lewat petang Ahad, masih tidak jelas.

Menurut pendakwa raya daerah Bergen John Molinelli, pasangan itu sering bergaduh.

Polis menemui mayat pasangan itu di rumah mereka selepas menerima panggilan daripada seorang anggota keluarga yang tidak menetap bersama mereka.

Pihak berkuasa percaya tidak ada orang berada di rumah itu ketika kejadian.

Jiran memberitahu akhbar tempatan pasangan terbabit sering dilihat di luar rumah tapi tidak bergaul dan gemar menyendiri. - AP

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli