Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zizie Ezette Selesa Hidup Sebagai Isteri Kepada Ahli Parlimen

No Comment


PETALING JAYA: Aktres Zizie Ezette memberitahu dia tidak pernah menjauhkan diri daripada sebarang publisiti sebaliknya lebih senang menjalani kehidupan biasa sejak bergelar isteri enam tahun lalu.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 36, berkata, sejak mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, tumpuannya lebih kepada suami dan keluarga.

"Sebelum berkahwin pun saya memang tidak berapa suka dengan dunia glamour tetapi kerjaya saya membuatkan saya dikenali.

"Saya seronok dengan kehidupan sekarang yang saya sifatkan biasa sahaja selain tumpuan diberikan kepada suami dan keluarga," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharunya, Zizie berkata, dia tidak mempunyai sebarang berita sensasi untuk dikongsikan bersama peminat.

Malah kata Zizie, dia lebih selesa cerita peribadi tidak dihebahkan untuk pengetahuan umum.

"Saya biasa-biasa sahaja, tiada apa yang menarik atau sensasi," katanya ringkas.

Sementara itu, Zizie berkata, dia merancang untuk kembali aktif dalam bidang lakonan namun hanya selepas berjaya mengurangkan berat badannya ke tahap ideal.

Jelas Zizie, untuk kemunculan semulanya itu dia mahu kelihatan menarik dan sesuai di dalam televisyen.

"Saya sedang berusaha kurangkan lagi berat badan kerana jika tidak berbuat demikian saya akan kelihatan besar di dalam televisyen.

"Rindu itu memang ada dan sebab itu saya ingin berlakon kembali dalam masa terdekat ini," ujarnya.

Tambah Zizie, dia juga pernah terfikir untuk berlakon dengan adiknya, pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2014) namun ia sekadar hasrat.

"Ada terfikir tetapi kerana kami terlalu rapat saya bimbang kami akan rasa janggal selain takut akan lebih banyak gelak di set," jelasnya.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli