![]() |
| Bantahan anti kerajaan kerap diadakan di Mesir sejak Mursi dipenjarakan. |
Media tempatan melaporkan, pertempuran tercetus di wilayah Giza di selatan ibu negara.
Penunjuk perasaan berkumpul secara aman di sebatang jalan di kawasan kejiranan Nahia, sebelum bantahan bertukar ganas selepas polis menyerbu perhimpunan tersebut.
Sementara itu, pelajar Mesir meneruskan protes anti kerajaan mereka di Universiti al-Azhar dan Universiti Kaherah.
Difahamkan, satu tunjuk perasaan besar-besaran diadakan selepas solat Jumaat hari ini bagi memprotes kepimpinan Presiden, Abdel Fattah al-Sisi.
Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun ke atas 69 penyokong bekas presiden yang digulingkan Mohamed Mursi.
Sebuah mahkamah berasingan turut menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun ke atas 44 lagi penyokong Mursi termasuk seorang remaja.
Kesemua defendan didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan haram serta mempunyai hubungan dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin, dipetik dari laporan Press TV.
.jpeg)