23 wanita warga asing terselamat jadi mangsa pemerdagangan manusia
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan menyelamatkan 23 wanita warga asing, dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan dan penyeludupan manusia, menerusi serbuan membabitkan lima pusat hiburan di bandar Gua Musang, malam tadi.
Serbuan yang bermula jam 10 malam itu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Putrajaya dengan kekuatan tenaga 40 pegawai dan anggota itu menyelamatkan 21 wanita warga Thailand dan masing-masing seorang warga Kemboja dan Lous.
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Siti Khadijah Hamzah, berkata kesemua mangsa berusia 20 hingga 41 tahun itu diselamatkan menerusi operasi khas hasil risikan dan maklumat awam.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini