Adik Tetak dan Langgar Abang Sampai Mati
Kuala Lumpur: Kerana gagal mengawal kemarahan seorang adik sanggup menetak abangnya sendiri sebelum melanggar mangsa sehingga mati dalam kejadian di Jalan 219, Seksyen 51A, Petaling Jaya, malam tadi.
Pertengkaran yang barlaku pukul 11 malam itu berpunca kerana berlaku perebutan hak milik sebuah lori yang di usahakan mereka berdua sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, dalam siasatan awal mendapati terdapat banyak tompokan darah dan sebuah motosikal ditemui dengan bekas darah kesan perlanggaran di tempat kejadian.
Katanya, polis percaya suspek bertindak menetaknya sebelum merempuh dengan sebuah motosikal sehingga mengakibatkan kecederaan serius di kepala dan badan.
"Mangsa dihantar oleh ahli keluarganya sendiri ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan setibanya di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya masih menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini