Seorang artis Bollywood yang berasal dari Pakistan, Veena Malik dihukum penjara selama 26 tahun oleh sebuah mahkaman di Pakistan setelah terbukti bersalah menghina Nabi Muhammad.
Veena didakwa menghina Nabi Muhammad dalam satu program televisyen dengan melakonkan satu watak yang memparodikan anak perempuan Nabi Muhammad.
Selain Venna, suaminya, Asad Bashir Khan juga menerima nasib yang sama kerana turut tampil dalam program televisyen tersebut.
"Dua puluh enam tahun adalah seumur hidup," kata Malik. "Tetapi saya percaya kepada mahkamah tinggi di Pakistan. Apabila keputusan akhir datang, ia akan berlaku adil kepada saya. Tiada perkara buruk yang akan berlaku. " - Siakapkeli.com.my