Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki 'Samun Warga Emas Guna Pisau' Dibogelkan & Diikat di Tiang Lampu

No Comment


Santiago, 29 Nov - Seorang lelaki yang didakwa cuba menyamun seorang warga emas telah dibogelkan oleh orang ramai dan diikat di tiang lampu oleh orang ramai yang berang dengan kejadian tersebut.

Orang ramai mengambil kesempatan mengambil gambar Valentino Abeyta Barreta, 32, yang diikat di tiang lampu sambil seluarnya dilondehkan ke kaki.

Dia kemudiannya ditinggalkan di tiang tersebut 20 minit sebelum polis tiba ditempat kejadian. Bagaimanapun, Barreta tidak mahu menjelaskan kepada polis kenapa dia diperlakukan sedemikian rupa sambil meminta polis untuk melepaskannya.

Barreta bagaimanapun dibebaskan dari tahanan polis kerana warga emas yang dikatakan telah disamun oleh Barreta tidak tampil untuk memberikan laporan polis.

Menurut polis, tiada pihak yang tampil membuat laporan termasuk mereka yang mengikat Barreta dan warga emas yang disamun menyebabkan Barreta dilepaskan dari tahanan.

Gambar kejadian telah tersebar di media sosial menimbulkan persoalan terhadap tindakan orang ramai yang memalukan Barreta. - Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli