Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Budak Darjah Satu Parah Digilis Bas Sekolah

No Comment
Gambar sumber myMetro online

Butterworth, 10 Nov: Seorang kanak-kanak darjah satu parah setelah digilis bas sekolah dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2, hari ini pada jam 2.10 petang.

Ibu kepada mangsa, Hayati Ismail, 41, berkata, anaknya, Muaz Saedin, 7, kini cedera parah di kedua-dua belah paha akibat dilenyek tayar bas sekolah yang terbabit.

Menurut Hayati lagi, ketika dia pergi ke sekolah untuk mengambil anaknya, dia merasakan ada yang tidak kena setelah melihat orang ramai yang berada disitu dalam keadaan cemas.

"Seorang daripada mereka menghampiri saya dan memaklumkan Muaz terbabit kemalangan dan sudah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh guru," katanya memetik berita dari Harian Metro.

Dalam sekitar jam 9 malam, doktor memaklumkan anaknya akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang kerana kecederaan yang dialami agak serius. - Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli