Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Facebook Mahu Terbit Akhbar Digital

No Comment

TENNESSEE, Amerika Syarikat – Laman sosial popular dunia, Facebook bakal menerbitkan akhbar digital kepada lebih berbilion pengguna laman tersebut, sekali gus bakal memberi saingan kepada agensi media tradisi.

Langkah itu diambil sejajar dengan peningkatan penggunaan media sosial selain masyarakat masa kini yang telah beralih mendapatkan maklumat melalui media digital.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dalam satu forum pada awal November lalu berkata, beliau bercita-cita untuk menjadikan Facebook sebagai medium berita dan akhbar terbaik kepada setiap individu di dunia.

Katanya, sebelum ini akhbar menyediakan maklumat yang sama kepada semua pembaca tetapi Facebook boleh menyesuaikannya mengikut minat seseorang selain membawa pelbagai berita dari seluruh dunia, aktiviti komuniti dan berita terkini mengenai rakan atau keluarga.

“Pendekatan yang dibawa oleh Facebook berbeza dengan akhbar. Sama ada usaha itu suatu yang baik atau buruk, ia merupakan sesuatu yang akhbar tradisi tidak dapat lakukan,” kata bekas editor akhbar USA Today, Ken Paulson yang kini bertugas sebagai Dekan Fakulti Komunikasi Universiti Middle Tennessee.

Berita yang bakal dipaparkan oleh Facebook kelak tidak lagi ditentukan oleh wartawan, sebaliknya mengikut kecenderungan dan minat seseorang pengguna Facebook itu sendiri.

Perkara ini dilihat mungkin akan memberi impak besar kepada masyarakat kewartawanan, namun pakar-pakar media berpendapat, konsep berita Facebook adalah lebih kepada menyampaikan apa yang seseorang mahukan. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli