Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fazura akui Menangis Semasa Putus Cinta

No Comment


Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura mengakui beliau agak sensitif  dan megalirkan apabila mengingati saat beliau putus cinta. Ini terjadi apabila beliau telah menonton semula lakonannya dalam Manisnya Cinta di Cappadocia.

Menerusi Filem Manisnya Cinta di Cappadocia tersebut beliau ternyata sedih apabila melihat babak putus cinta kerana apa yang berlaku didalam cerita itu mempunyai persamaan  dengan dirinya.

“Kematangan Ifti (nama watak) sama seperti mana diri saya sekarang seorang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai,” ujarnya kepada Malaysian Digest.

“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman diri sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut tadi”

Filem tersebut telah diarahkn oleh Bernard Chauly dan merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Anis Ayuni. Filem tersebut bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada  11 Disember nanti.- Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli