Felixia Yeap atau nama barunya Raissyah Rania Yeap semakin popular setelah dia memeluk agama Islam.
Semalam, status yang ditulisnya di akaun Facebook mendedahkan ciri-ciri lelaki idamannya. Status tersebut yang kini mencecah 8,000 like dan 160 perkongsian telah menerima pelbagai komen-komen dari peminat.
Berdasarkan statusnya itu, ciri-ciri lelaki idamannya itu sememangnya seorang yang menjaga amalan solatnya. Selain itu mempunyai pemikiran yang matang dan penyabar serta mempunyai karier dan pendapatan yang stabil.
Antara ciri-ciri fizikalnya pula adalah berkulit gelap, mempunyai janggut, tidak kurus dan suka makan.
Raissyah juga suka akan lelaki yang suka mengawalnya, possessive dan protective, selain itu yang betul menyayanginya.
Kalau boleh muka lelaki itu seperti Robert Downey JR iaitu pelakon Iron Man.
"Kalau takde muka macam aktor Iron Man pun takpa, boleh sarung topeng Iron Man," katanya dalam gaya berseloroh. ─ Siakapkeli.com.my
