Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fikir Dulu Sebelum Karamkan Kapal Malaysia


Jakarta: Kerajaan Indonesia semalam diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menenggelamkan kapal nelayan yang ditangkap kerana didakwa mencuri ikan di perairan negara itu.

Ketua Jawatankuasa Pertahanan dan Hubungan Luar Parlimen Indonesia, Mahfudz Shiddiq berkata, tindakan seumpama itu perlu dilakukan mengikut undang-undang kerana bimbang ia akan menjejaskan hubungan diplomasi dengan negara itu.

Mahfudz, anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) berkata demikian sebagai mengulas arahan Menteri Laut dan Perikanan Susi Pudjiastuti supaya kapal nelayan yang ditahan itu ditenggelamkan.

Cadangan Susi itu mendapat sokongan Presiden Joko Widodo (Jokowi).
Mahfudz berkata, jika kenyataan itu hanya untuk menggertak supaya nelayan asing tidak menceroboh perairan Indonesia, ia memang wajar.

“Tetapi, untuk menenggelamkannya dengan membuta-tuli tanpa ada sokongan undang-undang, ia pasti menjejaskan hubungan diplomatik. Cuba bayangkan yang ditenggelamkan itu kapal China. Jika Beijing membantah dan berang, kita yang jadi bingung,” katanya. ─ myMetro online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli