Gadis Hidap HIV Kerana Kongsi Alatan Rawatan Kuku
Sebut sahaja HIV siapa saja tahu apa kesan virus tersebut kepada tubuh badan mangsa. Cara popular virus ini berjangkit adalah melalui perkongsian jarum dan juga seks bebas. Bagaimanapun terdapat banyak lagi cara yang kita mungkin tidak tahu bahawa virus tersebut boleh berjangkit.
Di sini ada satu kisah yang agak malang bagi seorang wanita yang dijangkiti virus tersebut ketika melakukan rawatan kuku (manicure), seorang wanita berusia 22 tahun dijangkiti virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).
Menurut satu jurnal perubatan, seorang pakar berkata, ia merupakan salah satu cara yang baru untuk HIV berjangkit di kalangan masyarakat.
Namun menurut doktor tersebut kes ini merupakan kes yang terpencil. Selain itu risiko untuk virus ini berjangkit adalah kecil.
Menurut laporan wanita itu bukanlah mempunyai sebarang faktor yang berisiko yang boleh terdedah kepada jangkitan virus tersebut seperti seks bebas atau berkongsikan alat suntikan.
Selepas siasatan lanjut dilakukan, maka pakar mendapati alatan yang digunakan ketika rawatan kuku itu adalah punca kepada jangkitan tersebut.
Wanita itu telah berkongsi alat tersebut bersama sepupunya yang semamangnya pengidap HIV.
Harus diingatkan kepada pebaca Siakapkeli agar lebih berhati dalam perkongsian barangan kegunaan yang mana berisiko dengan virus ini. Alat rawatan kuku ini merupakan satu contoh dan banyak lagi alatan-alatan yang lain seperti sikat rambut dan sebagainya lebih-lebih lagi alat yang ada risiko untuk mencederakan permukaan kulit pengguna. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini