Senjata tiruan yang di rampas - Foto Harian Metro
SEPANG - Pihak Kastam Di Raja Malaysia hari ini berjaya merampas senjata api tiruan di terminal kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bungkusan tersebut telah di rampas selepas membuat pemeriksaan di sebuah syarikat penghataran barang terkenal selepas medapat maklumat awam dan risikan oleh pihak penguatkuasa Kastam.
"Semuanya senjata api tiruan itu pada mulanya akan dihantar kepada penerima mengikut alamat yang telah diterima tetapi penerima telah membatalkannya pada saat akhir dengan menghantar emel kepada FedEx.
"Berdasarkan maklumat pengirim, kesemua barangan itu dihantar oleh penghantar dari Amerika Syarikat ,"katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Pengarah Kastam KLIA,Chik Omar berkata, pihaknya mereka sekarang tengah menjalan kan siasatan dengan kerjsama pihak polis untuk mengesan lokasi penghantaran senajta tersebut.
Kes ini disiasat di bawak Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum 10 kali ganda nilai barang atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali. - Siakapkeli.com.my
