Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Khaleda Zia gagal ketepi tuduhan rasuah

No Comment

DHAKA: Mahkamah Agung hari ini menolak rayuan bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleda Zia untuk mengetepikan dua tuduhan rasuah membabitkan AS$650,000 atas alasan ia difailkan secara tidak sah, kata peguamnya, Rafiqul Islam Mia.

Rayuan di mahkamah tertinggi itu adalah langkah terbaharu untuk menghalang perbicaraan yang kedua-duanya bermula September lalu selepas ditangguhkan selama beberapa tahun.

Rafiqul Islam berkata, barisan peguamnya akan meneruskan usaha itu dan berkata tuduhan berkenaan adalah tidak benar dan sengaja diada-adakan.

Sebaliknya pihak pendakwa berkata, peguam Zia hanya membuang masa dengan pendengaran praperbicaraan sudah ditangguhkan lebih 36 kali.

Zia, 69, menyifatkan tuduhan itu sebagai bermotif politik yang bertujuan menghapuskan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pimpinannya sambil berikrar untuk menjatuhkan kerajaan musuh ketatnya di bawah, Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Zia dan tiga pembantunya dituduh menggelapkan sejumlah 31.5 juta taka (AS$400,000) daripada tabung amanah kebajikan selepas kematian suaminya, Ziaur Rahman, bekas Presiden yang dibunuh pada 1981.

Dia dituduh mengetuai sekumpulan lima orang termasuk anak lelaki sulung dan bakal penggantinya dalam menggelapkan 21.5 juta taka (AS$277,000) - wang yang sepatutnya dimasukkan ke rumah anak yatim yang ditubuhkan bagi memperingati suaminya. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli