Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kota Thonis-Heracleion Yang Dianggap Mitos Telah Ditemui

No Comment


ALEXANDRIA, MESIR: Siapa sangka sebelum ini kehabatan kota Thonis-Heracleion dianggap hanya sebuah mitos semata-mata sebenarnya wujud dan dipercayai telah terkubur di Dalam lautan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu.

Menurut laporan Mirror.co.uk, elimen-elimen sejarah dan ukiran pada kota itu adalah serupa dengan yang tedapat pada kota Atlantis.


Menurut penyelidik, Franck Goddio, yang mengikuti pencarian kota tersebut berkata penemuan ini telah bermula di pantai utara mesir dimana mereka telah berjaya menjejak kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama di dasar laut.

“Setakat ini, pihak kami telah menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut.

“Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya.


Menurut beliau lagi bahawa semasa menjalankan aktiviti menyelam untuk mencari kota tersebut mereka telah terjumpa kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak penemuan kota tersebut.

Kota yang dibina di sekitar muara Sungai Nil itu mungkin tergelincir ke dasat laut kerana bencana alam selepas 1000 tahun pembinaannya.


“Andaian itu dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut.

“Patung tersebut juga merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Pihaknya jugak tidak menolak kemungkinan kenaikan paras air laut menyebabkan bencana yang besar dan menenggelamkan kota tersebut.- Siakapkeli.com.my








Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli