Lelaki Hilang Ketika Berkelah Di Air Terjun
KUBANG PASU: Seorang lelaki dalam lingkungan umur 25 tahun di percayai telah hilang ketika berkelah di Hutan Lipur Bukit Wang pada pukul 11 pagi kelmarin.
Mangsa yang berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani datang ke sini untuk berkelah dengan keluarga sempena hari cuti.
Jurucakap pihak Bomba dan Penyelamat, Mohamad Hafiz Suhaimi berkata, mangsa Mohd Yahya Zakri, Pihak bomba yang menerima panggilan pada pukul 3 petang terus bergegas ke tempat kejadian.
"Operasi mencari mangsa telah dimulakan sepasukan lapan anggota dari balai Jitra diketuai Penguasa Bomba Kanan Kamarulzaman Osman.
"Mangsa dipercayai sesat di hutan tersebut dan usaha mengesan akan diteruskan," katanya dalam satu kenyataan kepada media
Sementara itu usaha mencari dan menyelamat mangsa terus digiat dengan membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini