Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

LPF Anjur Tayangan Babak-Babak Sensor Dari Filem Yang Ditapis

No Comment

Program yang julung kalinya bakal dianjurkan oleh LPF yang mana satu program yang akan memberi peluang kapada penonton-penonton yang terpilih untuk menyaksikan babak-babak sensor dari filem yang telah ditapis.


Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, iujuan program ini dianjurkan adalah untuk memperjelaskan bahawa LPF bukan sengaja menapis babak-babak dalam filem tetapi adalah sangat bersebab.

Klip-klip yang tidak dipertontonkan kepada umum itu akan ditayangkan secara khas dan tertutup kepada pihak media elektronik dan cetak. Selain itu orang ramai juga berkemungkinan berpeluang untuk menyertai program ini.

Kepada yang berminat untuk menyertai program ini, penonton umum perlu hadir ke karnival 60 tahun LPF bertempat di pusat membeli-belah Alamanda pada 22 sehingga 23 November ini.

Lembaga Penapisan Filem(LPF) merupakan agensi yang ditugaskan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli