Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Militan Al-Shabab Bunuh 28 Penumpang Bas

No Comment

MOGADISHU – Kumpulan militan Somalia, al-Shabab merampas sebuah bas di Kenya dan menembak mati seramai 28 penumpang bukan beragama Islam kelmarin dalam satu serangan kejam bagi membalas dendam serbuan polis Kenya ke atas beberapa buah masjid di bandar pelabuhan Mombasa

“Saya boleh mengesahkan 28 penumpang tidak berdosa dibunuh dengan kejam oleh militan al-Shabab,” kata seorang ketua polis, Noah Mwavinda.

Menurutnya, bas berkenaan yang menuju ke ibu kota Kenya, Nairobi diserang hendap sejurus selepas meninggalkan bandar Mandera, dekat sempadan Somalia di timur laut Kenya.

Kira-kira 60 penumpang bas itu diarahkan keluar sebelum orang Islam dan bukan Islam diasingkan oleh beberapa militan bersenjata.

Militan al-Shabab mengarahkan semua penumpang bukan Islam masuk semula ke dalam bas dan cuba membawa mereka beredar dari lokasi itu tetapi kenderaan tersebut tersekat.

“Mereka kemudian menembak mati semua tawanan tersebut sebelum melarikan diri ke Somalia,” kata Mwavinda.

Dalam pada itu, seorang jurucakap al-Shabab mengesahkan serangan berdarah itu bagi membalas dendam serbuan ke atas empat buah masjid di Mombasa awal minggu lalu.

“Anggota Mujahidin kami berjaya melaksanakan satu operasi dekat Mandera awal pagi ini (kelmarin) dengan menghapuskan 28 orang Kristian bagi membalas dendam jenayah yang dilakukan peme­rintah Kristian Kenya terhadap saudara seagama kami di Mombasa,” kata jurucakap berkenaan, Ali Mohamud Rage dalam satu kenya­taan. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli